Archive

For the day Wednesday, October 29th, 2008

Researcher / Post Doc Wanted!

1 Comment

CREG is looking for qualified Post Doc (Post Doctoral) to work with us on key research areas. Post Doc can be local citizen and foreign people. If you have a pH.D and come from strong research back ground in fields related to chemical engineering, chemistry or biochemistry, feel free to apply. Fantastic remuneration will be offered depending on your experience.

For further information or query, please contact: profnoraishah@yahoo.com or fadhzir@yahoo.com

Attached below are Post Doctorate Scheme offered by the MOSTE (in Malay Language)

SKIM PASCA DOKTORAL

Pengenalan

Skim Pasca Doktoral merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu penyelidikan yang dapat membantu industri khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Usaha ini adalah selaras dengan Perakuan 33, Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian (PTPTP).

Program Pasca Doktoral ini akan melibatkan perlantikan calon-calon sama ada daripada kalangan akademik atau bukan akademik yang mempunyai kecenderungan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang sains dan teknologi termaju. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sudah mempunyai kelulusan di peringkat

Objektif

i. Memberi peluang kepada saintis dan penyelidik menjalankan kerja penyelidikan secara sepenuh masa di institusi penyelidikan awam Malaysia

ii. Meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan di universiti di samping menampung kekurangan penyelidikan dalam bidang-bidang tertentu.

iii. Menampung kepakaran yang dikenalpasti sebagai penting dan diperlukan oleh universiti khususnya dan negara amnya.

Kategori

lanya terbahagi kepada tiga kategori:-

i. Domestic Post Doctoral Research Fellowship (Pre-Service)

Dibuka kepada warga negara Malaysia yang mempunyai ijazah Ph.D yang diiktiraf oleh Kerajaan dan masih belum dilantik ke jawatan tetap

ii. Domestic Post Doctoral Research Fellowship (In-Service)

Dibuka kepada warga negara Malaysia yang telah mempunyai ijazah Ph.D yang diiktiraf oleh Kerajaan, telah dilantik ke jawatan tetap serta mendapat pelepasan cuti dari majikan

iii. Post Doctoral Fellowship for Foreign Researchers

Dibuka kepada bukan warga negara Malaysia yang mempunyai ijazah Ph.D yang diiktiraf oleh Kerajaan dan masih belum dilantik ke jawatan tetap

Bidang Penyelidikan

Antara bidang-bidang yang diberi keutamman ialah :

1. Rekabentuk Industri

2. Bahan Termaju

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

4. Mikroelektronik

5. Bioteknologi

6. Teknologi Pembuatan Termaju

7. Pengawalan Pencemaran Industri dan Kejuruteraan Alam Sekitar

8. Aeroangkasa

9. Tenaga

10. Farmaseutikal

11. Sains Kesihatan dan Perubatan

12. Teknologi Berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2)

Pemilihan Calon

Pemilihan akan dibuat berdasarkan kepada criteria-kriteria berikut :

(i) Kelulusan / Pencapaian Akademik

Hendaklah mempunyai kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang-bidang yang dinyatakan di atas dan yang berkaitan dengannya.

(ii) Penyelidikan

Panel pemilih akan menilai permohonan dan memperakukan bahawa :

a) Calon mempunyai prestasi penyelidikan yang cemerlang

b) Calon berpengetahuan tentang penyelidikan yang akan dilakukan

c) Cadangan penyelidikan boleh dilaksanakan

d) Cadangan penyelidikan mempunyai potensi penggunaan kepada industri dan pembangunan negara

e) Cadangan penyelidikan memenuhi bidang penyelidikan utama yang dijalankan di Universiti

(iii) Penerbitan

Hasil penerbitan oleh calon diukur melalui penghasilan buku, jurnal berpengadil / tidak berpengadil (refereed/non-refereed), portfolio dan hak cipta paten.

(iv) Pengalaman

Calon mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dilaksanakan.

Tempoh lantikan

Perlantikan calon di bawah program ini adalah untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun.

Perlanjutan Tempoh Perlantikan

Tempoh perlantikan boleh dilanjutkan kepada satu tempoh tidak melebihi 3 tahun berdasarkan penilaian prestasi calon dari tahun ke tahun dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ikatan Perjanjian

Suatu ikatan perjanjian hendaklah ditandatangani di antara calon dan universiti yang menggariskan antara lainnya tugas dan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh calon serta terikat dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti dan MOSTE yang bersangkutan dengan pembiayaan ke atas calon.

Kadar Elaun bulanan

(i) Domestic Post Doctoral Research Fellowship (Pre-Service) dan Post Doctoral Fellowship for Foreign Researchers

- RM 2500 hingga RM 5000 (mengikut pengalaman calon)

(ii) Domestic Post Doctoral Research Fellowship (In-Service)

- pegawai dalam perkhidmatan diluluskan cuti tanpa gaji untuk bertugas sebagai fellow penyelidik sepenuh masa dan diberi elaun bulanan RM 2500 hingga RM 6000 (mengikut pengalaman dan kecemerlangan calon)

ATAU

- pegawai dalam perkhidmatan diluluskan cuti untuk bertugas sebagai fellow penyelidik di samping menjalankan tugas- tugas hakiki jawatan, bergaji penuh dan mendapat elaun bulanan RM 500 – RM 1500 (mengikut pengalaman dan kecemerlangan calon)

Faedah Perubatan

Calon di bawah skim ini adalah layak mendapat kemudahan perubatan di Pusat Kesihatan Universiti atau klinik-klinik panel universiti seperti yang dibekalkan dalam Skim Perubatan Universiti.

Pembiayaan ke Luar Negara

Calon perlu mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan MOSTE bagi memohon pembiayaan membentang kertas kerja dan menghadiri seminar di luar negara di bawah Program Post Doktoral.

Tiket Penerbangan

Tiket penerbangan untuk calon datang dan balik adalah tanggungan calon sendiri.

Penamatan Perlantikan

Perlantikan boleh ditamatkan sekiranya diperakukan oleh Dekan/Pengarah dan dengan persetujuan Panel Penyelidikan Universiti apabila didapati seseorang calon itu tidak memenuhi mana-mana syarat perlantikan dan tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan. Penamatan ini boleh dibuat pada bila-bila masa dengan memberi 3 bulan notis bertulis. Calon yang ingin menamatkan perkhidmatannya juga perlu memberi 3 bulan notis bertulis.

Kaedah Perlaksanaan

Permohonan dikemukakan ke RMC oleh Penyelaras calon yang akan dilantik. Surat permohonan perlu melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) di Fakulti.

Calon perlu memenuhi syarat-syarat berikut semasa mengemukakan permohonan.

- Calon membuat permohonan untuk perlantikan dalam skim ini

- Penyelia bersetuju menerima calon berkenaan dan mencadangkan amaun elaun tetap yang akan diberikan

- Menyertakan ringkasan projek

- Menyertakan jadual perancangan kerja

- Menyertakan salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan. (sijil asal perlu dibawa semasa mendaftar diri)

Jika diluluskan oleh Panel Pemilih dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, RMC akan mengemukakan satu kertas kerja bagi memperakukan calon yang telah diluluskan oleh Panel Pemilih kepada pihak MOSTE. Selepas kelulusan diterima daripada pihak MOSTE, RMC akan mengeluarkan surat tawaran kepada calon. Surat tawaran akan mengandungi perkara berikut :

i) Surat tawaran / perjanjian

ii) Surat penerimaan berkhidmat dalam skim ini

iii) Standing Order pembayaran elaun

RMC akan membantu calon dalam urusan mendapatkan visa dari Jabatan Imigresen. Urusan-urusan lain perlu dibuat oleh calon sendiri.

1.2 SKIM SANGKUTAN UNTUK PENYELIDIK (ATTACHMENT FOR RESEARCHERS)

Tujuan – memberi peluang kepada saintis dan penyelidik menjalankan kerja penyelidikan melalui sangkutan/penempatan (attachment) di pusat-pusat penyelidikan terpilih, sama ada di dalam atau luar negara dengan tujuan mencari penyelesaian kepada masalah dalam projek penyelidikan yang sedang dijalankan. lanya terbahagi kepada dua kategori:-

(i) Attachment at Domestic/Local Research Institution / University

Sangkutan/penempatan seseorang penyelidik dari satu institusi penyelidikan I universiti ke satu institusi penyelidikan I universiti lain di Malaysia (termasuk IPTS yang dilayak di bawah Program HRD) yang terletak di luar stesyen (sekurang-kurangnya 25 km radius)

(ii) Attachment at Foreign Research Institution I University

Sangkutan/penempatan seseorang penyelidik dari satu institusi penyelidikan / universiti ke satu iAstitusi penyelidikan / universiti yang terkemuka di luar Malaysia.

Kesemua kategori tersebut adalah tertakluk kepada peraturan dan garis panduan seperti berikut:-

1.2.1 Kelayakan memohon

- Warganegara Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan

- Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan akademik Ph.D

- Tujuan calon memohon attachment adalah bagi menyelesaikan masalah dalam penyelidikan yang sedang dijalankan

1.2.2 Tempoh sangkutan

Minimum 30 hari, maksimum 6 bulan

1.2.3 Kemudahan yang diberi

- Tambang perjalanan pergi balik -mengikut kelayakan calon

- Elaun sara hidup -mengikut kadar yang ditetapkan oleh JPA

- Elaun pakaian panas -mengikut kelayakan

- Yuran sangkutan yang dikenakan oleh institusi penyelidikan I universiti yang dipohon (bench fee) jika ada

- Elaun wilayah – mengikut kadar, jika ada

1.2.4 Bidang keutamaan

Rujuk Lampiran 2

1.2.5 Proses permohonan

- permohonan dibuka sepanjang tahun

- mengemukakan permohonan yang mengandungi butir-butir berikut:-

i. kelulusan dari Dekan fakulti I Jawatankuasa Peringkat Universiti

ii. justifikasi keperluan sangkutan yang diminta

iii. ringkasan penyelidikan (proposal) serta kemajuan yang telah dicapai (disahkan oleh ketua/penyelia)

iv. tempoh yang dikehendaki

v. surat tawaran I persetujuan penerimaan dari institusi I universiti yang dipohon berserta kadar/yuran yang dikenakan

- pihak universiti akan menyediakan kertas kerja memperakukan permohonan dan mengemukakannya kepada MOSTE jika ada)

1.2.6 Peranan dan tanggungjawab MOSTE

- Kelulusan permohonan diputuskan oleh JK Pemandu HRD (S&T) MOSTE yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOSTE

- Mesyuarat JK Pemandu HRD (S&T) MOSTE akan diadakan 5 kali setahun dan tarikh tersebut akan dimaklumkan kepada semua universiti

- Semua permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada MOSTE selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat

- Peruntukan akan disalurkan kepada universiti

1.2.7 Peranan dan tanggungjawab universiti

- Menyediakan perjanjian antara calon dan pihak universiti jika tempoh sangkutan melebihi 3 bulan

- Melaporkan kemajuan: yang dicapai kepada MOSTE sekembalinya calon dari sangkutan

- Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak universiti

LAMPIRAN 1

Garis Panduan Pembiayaan Ke Luar Negara Untuk Post Doktoral Bagi Tujuan Seminar/Pembentangan Kertaskerja Di Bawah Program HRD (S&T), MOSTE

Tujuan

Garis panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memohon pembiayaan membentang kertas kerja di luar negara di bawah Program Post Doktoral, MOSTE

Syarat permohonan

Pembiayaan untuk satu kali keluar negara dalam tempoh keseluruhan kontrak

Tempoh pembiayaan

Tidak melebihi 30 hari

Perbelanjaan yang akan ditanggung oleh MOSTE

· Tambang pergi-balik untuk seorang -mengikut kelayakan bagi pemohon in-service dan kelas ekonomi bagi pemohon pre-service

· Yuran penyertaan (jika ada)

· Elaun pakaian panas, mengikut kelayakan

· Elaun sara hidup mengikut kadar negara berkenaan seperti yang ditetapkan oleh JPA

Cara memohon

Semua permohonan mestilah melalui urusetia universiti dan mempunyai butir-butir berikut:-

· Surat kelulusan dari Dekan/penyelia/universiti

· Surat sokongan dari penyelia

· Justifikasi keperluan latihan yang dipohon serta faedah yang akan diperolehi dari pembentangan/seminar yang akan dihadiri

· Laporan kemajuan penyelidikan yang diperakui oleh penyelia

· Surat persetujuan menerima pelajar ini dari pihak penganjur di luar negara

· Maklumat serta program latihan yang akan diikuti

· Kadar yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur di luar negara (jika ada)

LAMPIRAN 2

BIDANG-BIDANG KEUTAMAAN Dl BAWAH PROGRAM HRD (S&T), MOSTE

13. Rekabentuk Industri

14. Bahan Termaju

15. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

16. Mikroelektronik

17. Bioteknologi

18. Teknologi Pembuatan Termaju

19. Pengawalan Pencemaran Industri dan Kejuruteraan Alam Sekitar

20. Aeroangkasa

21. Tenaga

22. Farmaseutikal

23. Sains Kesihatan dan Perubatan

24. Teknologi Berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2)

Blue Taste Theme created by Jabox
mp3 converter
live filme